Wednesday, August 13, 2008

Pupuk minda sihat dengan menanggani stres, amalkan 10B

Stres atau lebih dikenali sebagai tekanan berlaku kepada semua insan yang waras di bumi ini. Pelbagai jenis stres yang pernah kita melaluinya dari pelbagai punca atau sebab. Stres ini boleh ditanggani dengan berkesan melalui pelbagai cara. Di bawah ini terdapat cara untuk menanggani stres. cuba amalkan.................


1. Bertenang
2. Bernafas dengan dalam
3. Berkata..relakslah
4. Beribadat
5. Bercakap dengan seseorang.
6. Berurut
7. Berehat sambil mendengarMuzik.
8. Bersukan
9. Bersenam.
10. Berfikiran positif

Tuesday, August 12, 2008

Perjuanganku

Kala matahari meyinari bumi, dengan penuh azam dan iltizam aku menguatkan azamku ,bangkit semuga apa yang aku cari di bumi ini akan menjadi realiti yang sebenar. realiti yang ku cari ni semestinya seimbang antara duniawi dan ukhrawi. perjalanan yang aku atur perlu seiring dengan apa yang telah dirancang. tidak sesekali aku menoleh belakang menangisi segala perjuangan yang telah berlalu. aku perlu lalui dengan tabah, sabar dan penuh keinsafan. sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diperolehi. apa yang pasti aku perlu berjaya dalam segala perjuanganku selama ini.